Powered by Blogger.

WAJIB BACA : 9 LUBANG NERAKA DI TURKMENISTAN

Maka apabila disebut tentang neraka, sudah pasti akan gementarlah hati orang-orang yang beriman walaupun  mereka hanya mengetahui tentang azab neraka  melalui perkhabaran yang disampaikan oleh Allah SWT dan junjungan besar Rasulullah SAW.

Pelbagai gambaran dipaparkan bagi memberikan gambaran tentang kedahsyatan azabnya neraka. Ada yang menggambarkan dengan api yang membakar dan menjulang tinggi dan ada pula yang menggambarkannya dengan lautan lahar  yang mendidih dan sebagainya.
BAGI umat Islam, neraka merupakan tempat orang berdosa mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.
Di sebuah negara bernama Turkmenistan, terdapat sebuah bandar kecil bernama Derweze terletak di padang pasir Karakum,  yang terletak di tengah benua Asia.  Gurun Karakum, yang sebahagian besar mencakupi wilayah Turkmenistan ini terletak di sebelah timur Laut Kaspia iaitu sekitar 260 kilometer utara Ashgabat, ibu negara Turkmenistan.  Penduduk di wilayah ini kebanyakannya beragama Islam.
Pantang Nampak
LOKASI Derweze, Turkmenistan.
Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka sejak tahun 1971 hingga sekarang.Penduduk di situ menggelar lubang api ini dengan gelaran “Pintu Neraka”.  Hakikatnya, kawah tersebut adalah sebuah lubang api yang menganga yang  seakan-akan pintu  ke neraka atau  “The Door To The Hell”.
Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka.
Pantang Nampak

Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak. Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari ini.

Pantang Nampak
Lubang itu ditemui oleh sekumpulan ahli geologi semasa era Soviet Union ketika mereka melakukan aktiviti penggalian bawah tanah menggunakan jentera berat.
Semasa kerja-kerja giat dijalankan, tidak semena-mena permukaan tanah di tapak penggalian itu runtuh menyebabkan kesemua peralatan menggerudi jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar.
Pada masa yang sama, lubang itu mengeluarkan api yang bahangnya boleh dirasai hingga beberapa ratus meter jauhnya.
Api itu tidak pernah padam walaupun semasa hujan lebat. Malah, ukuran diameternya semakin membesar setiap tahun.
Sebuah akhbar Finland, Ammennusatia pernah menyiarkan sebuah artikel yang menyebut ia bukan sekadar sebuah lubang biasa.
Menurut akhbar itu, kumpulan ahli geologi itu mendakwa mendengar suara seperti jeritan ribuan manusia yang sedang diseksa meminta tolong manakala sebahagian yang lain kedengaran seperti orang Islam sedang bertahlil. sama ada benar atau tidak, Wallahu a’lam
Rakaman
Bunyi rakaman yang didakwa daripada Pintu Neraka itu masih boleh didengar di Youtube dengan pengendali klip video itu mendakwa ia sebenarnya suara roh orang mati di alam barzakh.
“Ia cukup menakutkan kami tentang kehidupan yang terdapat di lubang itu,” jelas ketua projek di Derweze, Dr. Dmitri Azzacov.
Azzacov menggunakan sejenis mikrofon sensitif yang berperanan mendengar bunyi atau pergerakan di dalam bumi.

“Apa yang kami dengar ibarat satu perkara logik yang tidak masuk akal. Saya seorang pengikut setia fahaman komunis yang tidak mempercayai agama dan hari pembalasan.
“Tetapi setelah mendengar jeritan itu saya mula mempercayai adanya Tuhan serta soal dosa dan pahala,” kata Azzacov.
Dia juga melihat pada waktu malam gas terang berbentuk seperti jin yang mempunyai dua sayap pada bahagian kiri dan kanan badannya terbang.
“Kejadian itu menakutkan sehingga ramai penduduk bertempiaran lari,” kata seorang saksi, Bjarne Nummedal yang mengatakan lembaga itu hilang beberapa minit kemudian.
Namun, misteri itu disangkal oleh sebuah laman berita www.truthorfiction.com yang mengatakan kisah tersebut rekaan semata-mata dan disensasikan oleh media pada awal 1990-an.
Menurut wartawan laman web itu, Rich Buhler, lubang itu sememangnya wujud tetapi ia terhasil disebabkan simpanan gas asli yang besar di Derweze.
“Mereka menyalakan api untuk memastikan gas asli yang tercemar itu tidak merebak dan membahayakan masyarakat sekeliling. Soal jeritan seperti penghuni neraka itu tidak benar sama sekali,” katanya.
Ujarnya, cerita itu sengaja direka oleh kumpulan pelampau agama untuk menakut-nakutkan manusia.
“Artikel itu memang ada disiarkan oleh akhbar Ammennusatia tetapi ia berdasarkan surat pembaca yang menulis pengalamannya.
“Setelah disiasat, penulis artikel berkenaan juga tidak dapat dikesan manakala cerita itu ditokok tambah,” kata Buhler.
Malangnya, Buhler tidak cuba mencari Azzacov serta menguji kebenaran foto dan rakaman suara aneh itu.
Api menghasilkan cahaya emas yang dapat dilihat beberapa batu dari sekitar Derweze, sebuah perkampungan dengan jumlah penduduk sekitar 350 orang.  Pada bulan April 2010 Presiden negara ini yang bernama Gurbanguly Berdimuhamedow, telah mengunjungi kawasan tersebut dan memerintahkan agar lubang itu ditutup namun hingga ini belum terlaksana.
Pantang Nampak
Namun begitu,  bahang kepanasan kawah api terbesar dunia masih belum mampu menandingi kepanasan neraka akhirat.  Seandainya setitis sahaja dari neraka akhirat dilontarkan ke dunia nescaya akan hancur leburlah bumi ini serta seluruh isinya.  Tiada satu pun yang akan selamat!.
Pantang Nampak

Mungkinkah kawah api ini dijelmakan didunia untuk dijadikan peringatan buat manusia? Wallahu a’lam

VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU KETIGA FULL ONLINE !

Video Tonton Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Minggu 3 secara full online. Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 kini sudah berada di minggu ketiga pada Jumaat 28 November 2014 bertempat di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam. Siaran secara live turut disiarkan secara langsung bermula pada pukul 10.00 malam menerusi saluran Astro Warna (132) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134). 

Untuk info, tema yang akan dipersembahkan oleh 13 peserta MLM 2014 pada minggu ke 3 adalah bertemakan Retro Kilauan Emas. Terdahulu, Astro telah membuat kejutan apabila mengumumkan tiada kumpulan atau peserta tersingkir pada gelanggang MLM 2014 minggu kedua.

Pantang Nampak
Video Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 3 Full Online
Selamat menonton

VIDEO MAHARAJA LAWAK MLM 2014 MINGGU KEDUA FULL ONLINE

Video Tonton Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Minggu 2 secara full online. Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 kini sudah berada di minggu kedua pada Jumaat 21 November 2014 bertempat di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam. Siaran secara live turut disiarkan secara langsung bermula pada pukul 10.00 malam menerusi saluran Astro Warna (132) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134). Untuk info tema yang akan dipersembahkan oleh 13 peserta MLM 2014 pada minggu ke 2 adalah bertemakan Bebas. Terdahulu, dua kumpulan iaitu Sayot dan Kepoh telah tersingkir daripada gelanggang MLM 2014 minggu pertama.
maharaja lawak mega 2014
Video Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 2 Full Online
Selamat Menonton

VIDEO MAHARAJA LAWAK MLM 2014 MINGGU PERTAMA FULL ONLINE

VIDEO MAHARAJA LAWAK MLM 2014 MINGGU PERTAMA FULL ONLINE

Video tonton Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Minggu 1 secara full online. Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 kini membuka tirai pada minggu pertama pada Jumaat 14 November 2014 bertempat di Royale Teater Shah Alam. 

Siaran langsung gelanggang MLM 2014 turut disiarkan secara live menerusi saluran Astro Warna (132) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD bermula pada pukul 10.00 malam. Untuk info, seramai 15 peserta rasmi Maharaja Lawak Mega 2014 akan berentap di gelanggang MLM 2014 minggu 1.
Utarafmonline

Video Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 1 Full Online


SELAMAT MENONTON

Artikel di Pantang Nampak