Powered by Blogger.
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tahukah Anda Bahaya Memakan Marjerin

Marjerin pada asalnya merupakan bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.


Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Lukisan Mona Lisa Versi Muda Cetus Kontroversi (9 Gambar)

Lukisan Mona Lisa Versi Muda Cetus Kontroversi : Lukisan Mona Lisa versi muda yang dinamakan sebagai Isleworth Mona Lisa ialah merupakan lukisan wanita yang dikenali sebagai Lisa del Giocondo,Lisa di Antonio Maria (Antonmaria) Gherardini atau lebih terkenal sebagai Mona Lisa versi muda telah di pamerkan oleh The Mona Lisa Foundation di dalam sebuah pameran di Geneva ,Switzerland setelah hampir 40 tahun tersimpan di dalam sebuah bank di Switzerland .Lukisan wanita yang terdapat pada lukisan Isleworth Mona Lisa tak banyak bezanya jika di bandingkan dengan lukisan versi "sebenar" Mona Lisa oleh Leonardo da Vincci yang di pamerkan di Muzium Louvre Perancis.Namun,apa yang menjadi perdebatan dan kontroversi ialah wajah wanita di lukisan Isleworth Mona Lisa nampak muda 10 tahun berbanding lukisan di Muzium Louvre. Para sejarawan sepakat menyatakan wanita pada lukisan Isleworth Mona Lisa merupakan wanita sama yang ada pada lukisan Mona Lisa oleh Leonardo da Vincci.

Sebuah buku yang mempunyai halaman sebanyak 320 muka surat dan sebuah video yang dihasilkan oleh The Mona Lisa Foundation telah membuat perbandingan,sejarah dan bukti ilmiah telah membuat keputusan Isleworth Mona Lisa ialah merupakan karya asal yang kedua Leonardo da Vincci selepas Mona Lisa.Malahan dua orang pakar Alessandro Vezzosi (Pengarah Museo Ideale Leonardo da Vinc)dan Carlo Pedretti (Pusat Kajian Leonardo Universiti California) juga membuat kesimpulan ianya ialah lukisan Leonardo da Vincci berdasarkan kepada jarah di antara mata,hidung,mulut dan dagu mempunyai nisbah yang sama walaupun kedua-dua lukisan ini mempunyai saiz yang berbeza.Lukisan Isleworth Mona Lisa telah di temui buat kali pertama oleh pengumpul seni berbangsa Inggeris Hugh Blaker yang telah menyimpannya di studio miliknya di Isleworth.Kemudian pada tahun 1915,ayah tirinya yang merupakan sejarawan seni telah menulis sebuah buku yang menjelaskan Leonardo da Vincci telah melukis lukisan Mona Lisa dalam dua versi.Blaker kemudiannya menjual potret Isleworth Mona Lisa kepada pengumpul seni warganegara Amerika Syarikat Henry F Pulitzer.Henry telah mewariskan lukisan Isleworth Mona Lisa kepada kekasihnya yang kemudiannya menjual lukisan ini ke The Mona Lisa Foundation. 


Informasi asal:Reuters/Denis Balibouse Teks asal: Kompas

Abby Semakin Buas Setelah Sekian Lama Tidak Disetubuhi



Semakin lama Abby menjanda semakin menjadi-jadi pula perangainya. Ntah apa hidayah lagi yang belum sampai kepadanya sehingga dia jadi begitu. Mungkin hidayah dibukakan pintu hati agaknya.

Semenjak Abby mendapat hidayah memakai tudung, semakin ramai pula peminatnya meninggalkan bekas isteri Norman Hakim ini. Kenapa ia jadi begitu?

Mereka meninggalkan Abby bukan sebab dia kini bertudung tetapi disebabkan kelakukan serta tuturkatanya yang tidak melambangkan ciri-ciri muslimah sejati sejak menjadi ahli seumur hidup sebuah parti politik yang kononya ingin memartabatkan Islam.



Atau mungkin juga akibat sudah terlalu lama tidak merasai nikmat bersetubuh sejak diceraikan Norman, Abby mencari cara mudah untuk melepaskan nafsu amarahnya di laman sosial dan di pentas ceramah menghentam sesiapa sahaja yang tidak sebulu denganya sambil mendapat pertolongan dari syaitan yang 'berserban'.

Melalui sikapnya yang gedik, perasan bagus dan tabiat suka mengutuk serta menghina orang lain sampai terlupa bahawa dirinya bertudung, Abby akan menyebabkan PAS yang telah sedia busuk kini akan bertambah busuk lagi.Syabas Abby..

JERING Daily

Kisah Manusia Pemalas Tahap Gaban

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang pemalas. 


Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”.

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”.

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?”. 

Budak itu pun menjawab, “Nak cerita pun malas".

Aksi Lucu Apabila Gadis Mabuk Teruk

Kalau dah kata mabuk tu, tak kiralah dekat mana pun pasti akan terlelap. Malah kalau di tempat awam pun, bantai je lah janji mata tertutup.


Sampaikan, kadang-kadang kita tak sedar yang aksi itu melucukan. Dah tak peduli orang pandang macam mana pun.

Lawak sungguh. Tengok gambar lucu dibawah ini.

Macam-macam ragam!

-SP

Perayaan Sukkot Masyarakat Yahudi Orthodox Di Israel (10 Gambar)

Perayaan Sukkot Masyarakat Yahudi Orthodox Di Israel : Di Bucublog sebelum ini aku ada paparkan perayaan masyarakat Yahudi di Israel yang dikenali sebagai Perayaan Yom Kippur di Israel dan juga ritual kapparot sempena tahun bari di Israel.

Kali aku akan paparkan satu ritual khas yang di kenali sebagai Sukkot.Festival Sukkot ini diadakan sebagai simbolik kepada peristiwa pengembaraan selama 40 tahun kaum Yahudi di padang pasir.Perayaan Sukkot ini diadakan selama 7 hari.Ketika perayaan ini dimulakan,gerai-gerai dan premis perniagaan di tutup dan tidak ada sesiapa pun dibenarkan untuk berniaga pada hari pertama dan kedua.Jika kamu lihat gambar di bawah penganut Yahudi ini ada memegang 4 tangkai pokok yang berlainan dan kemudiannya akan melambai-lambaikan tumbuhan ini timur, selatan, barat, utara, atas dan bawah.

Informasi asal:EPA/Abir Sultan

Pertandingan Tarian Tiang Profesional Di Hungary (8 Gambar)

Pertandingan Tarian Tiang Profesional Di Hungary : NSFW:Aku masih ingat lagi peristiwa yang boleh di katakan tak masuk akal apabila tiga wanita Islam telah didenda RM 25 di Seremban.Perihal tiga wanita yang dikatakan menari tiang ini di dakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.Berita ini merupakan satu tamparan hebat apabila hukuman yang terlampau ringan ini di lihat tidak "mengajar" malah ianya di bincangkan sehinggakan perlunya satu penyelesaian yang adil bagi "mengadili" pesalah-pesalah ini dengan hukuman yang lebih setimpal.

Masyarakat memandang tarian tiang ini merupakan satu perlakuan yang songsang di mata masyarakat.Tetapi di Barat sebuah pertandingan tarian tiang profesional telah di adakan di Hungary.Pertandingan tarian ini tidak langsung memaparkan adegan-adegan dan gerak-geri yang seduktif tetapi ianya lebih ke arah "seni".Meskipun pertandingan ini kurang di senangi rakyat Hungary ianya tetap diadakan dan masyrakat Budapest bersependapat tarian tiang merupakan satu seni yang indah tetapi ianya di ekploitasi bagi mendapat keuntungan yang mudah.

Informasi asal & Foto:REUTERS/Laszlo Balogh

Ritual Kapparot Sempena Tahun Baru Di Israel (7 Gambar)

Ritual Kapparot Sempena Tahun Baru Di Israel : Ritual Kapparot ialah merupakan upacara khas yang di lakukan oleh komuniti Yahudi Orthodox di Israel bagi membersihkan diri mereka daripada belenggu dosa yang makin menebal.Ritual Kapparot merupakan upacara yang dilakukkan dengan menghayun seekor ayam atau duit syiling sebanyak tiga kali supaya dosa yang dilakukan oleh Yahudi ini berpindah kepada duit syiling atau ayam yang di hayun tadi.Ritual Kapparot ini kebiasannya di sebelah pagi dan kemudiannya akan di sembelih sebelum di dermakan kepada fakir miskin.RitualKapparot ini dilakukan ekoran ayam merupakan simbolik kepada penerimaan segalan dosa yang dilakukan umat manusia seperti yang tercatat dalam kitab Torah Isaiah 1:18.RitualKapparot ini dilakukan buat pertama kalinya oleh seorang rabi bernama Natronai ben Hilai yang mempunyai kebolehan teleport iaitu boleh berpindah dari satu tempat ke satu tempat dengan pantas.Ritual Kapparot merupakan upacara yang dilakukan 10 hari selepas masuknya tahun baru kalender Yahudi (Rosh Hashanah) 16 September lepas.** 

Informasi asal dan Foto:Uriel Sinai/Getty Images

Upacara Pembaptisan Haiwan Peliharaan Di Gereja New York (11 Gambar)

Upacara Pembaptisan Haiwan Peliharaan Di Gereja New York : Erk. Upacara pembaptisan lazimnya dilakukan kepada bayi,tapi bagaimana pula jika sekiranya upacara pembaptisan dilakukan kepada haiwan dan serangga? Baru-baru ini di New York bersempena dengan sambutan hari St. Francis Of Asisi yang ke 28, sebuah gereja Katolik telah mengadakan upacara pembabtisan bagi haiwanpeliharaan. 

Upacara pembaptisan ini dilakukan oleh paderi yang dilantik khas yang akan merenjis air suci "Holy Water" ke atas haiwan yang mahu di baptiskan. Pemilik haiwan seperti kuda,anjing,kura-kura,unta,iguana malahan serangga kecil seperti rama-rama turut sama di baptiskan. 

Informasi asal:Reuters/Eduardo Munoz

13 GRO Terkedu Kena Cekup

Sebanyak 13 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang asyik melayan pasangan terkedu apabila mereka dicekup sepasukan anggota imigresen di dua premis hiburan di sekitar bandar ini malam kelmarin.


Pegawai imigresen memeriksa dokumen perjalanan GRO yang ditahan dalam operasi di dua buah premis hiburan di bandar Seremban.
Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya menyerbu pusat hiburan di Seremban 2 dan Kemayan Square pada pukul 10 malam.

“Semasa serbuan di Taman AST, GRO terbabit sedang melayan pelanggan dan cuba melarikan diri tetapi gagal.

“Lapan lagi wanita ditahan di Seremban 2 yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut,” katanya.

Menurut beliau, kesemua mereka merupakan warga China, Vietnam dan Thailand berusia 20 hingga 30-an.

“Kebanyakan mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di sini,” katanya.

-Mstar

Apartment Di China Yang Sadis (17 Gambar)

Apartment Di China Yang Sadis : Facepalm.Keadaan di China sememangnya merupakan satu igauan ngeri.Terpaksa bersesak-sesak ketika mendapatkan rawatan hospital dan ketika menaiki bas.Kesempitan hidup merupakan antara penyebab golongan-golongan pertengahan (middle class) untuk tinggal di dalam apartment yang menyedihkan ini.Dengan bayaran yang rendah,mereka rela untuk hidup dalam ruang yang begitu sempit.Tak ada ruang untuk privasi. Malahan bilik mandi di apartment ini tidak di pisahkan oleh tembok konkrit tetapi ianya hanya di pisahkan dengan tirai. Sekarang mari lihat sendiri apartment yang sadis di China.

Sheikh Arab Beli Superbas Pertama Dunia $10 Juta (2 Gambar)

Sheikh Arab Beli Superbas Pertama Dunia $10 Juta : Kita semua pernah dengar Airbus,dan kali ini muncul pula Superbas(Superbus).Bentuk fizikal Superbas adalah mirip Lamborghini tapi Superbas ini panjang dan mampu memuatkan 23 orang penumpang dalam satu-satu masa.Superbas pertama dalam dunia ini mampu memecut sehingga 250 km/h.Superbus ini 49kaki panjang (15 meter), 8kaki lebar (2.5 meter) and 5kaki 5inci tinggi (1.65 meter),dan dibina hanya dengan bahan yang berkualti tinggi dan super ringan seperti Karbon fiber,Aluminum, Polykarbonat dan Fibreglass.

Bahagian dalaman Superbas ini terdiri daripada bahan berkualiti yang digunakan dalam jet peribadi dan Limosin.Superbas pertama telah dibangunkan di Univerisiti Teknologi Delft di Belanda dengan pemerhatian teliti Wobbo Ockels bekas angkasawan yang mengembara di angkasa lepas pada tahun1985.Superbas ini bernilai $10 Juta.Dan disebabkan saiznya yang mega besar dan mega panjang sebuah pesawat Jumbo digunakan untuk mengangkut Superbas ini ke UAE melalui Abu Dhabi danDubai.



Harga:$10 Juta
Top Speed:250 Km/h
Asal:Belanda

Mekanik Dipenjara Rogol Remaja

Seorang mekanik dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan satu pertuduhan seks oral terhadap seorang remaja lima bulan lepas.


Gambar hiasan

Hakim Balqis Aini Mohd Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hairi Hamzah selepas dia menukar pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Hairi, 25, dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan, empat tahun dan satu sebatan untuk pertuduhan kedua serta hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan ketiga.

Bagaimanapun, Balqis Aini memerintahkan supaya hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap 5 Jun lalu. Ini bermakna Mohd Hairi hanya perlu menjalani hukuman penjara lima tahun.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Hairi didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah pangsapuri di Puchong antara 9 malam hingga 12 tengah malam pada 24 Mei lepas, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan seks oral terhadap mangsa sama di tempat dan waktu sama, mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Mohd Hairi didakwa merogol mangsa tersebut di kawasan yang sama pada 22 Mei lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan mempunyai tanggungan ibu, isteri dan anak.

Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon supaya hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh sebagai satu pengajaran terhadapnya.

-Bernama

Tiga Anggota Polis Rogol Wanita Indon Ditahan Reman

Tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang minggu lepas telah ditahan reman, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.



Beliau berkata kementerian memandang serius kes itu yang didakwa berlaku pada jam 7 pagi di Perai Jumaat lepas.

"Kementerian telah menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah pada hari kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Dan dimaklumkan tiga anggota polis terlibat telah ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata laporan siasatan yang lengkap akan dikemuka kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Menurutnya pihak polis turut memaklumkan bahawa satu pasukan khas telah ditubuh bagi menyiasat kes itu secara telus.

"Kementerian akan terus menyusul perkembangan kes ini dengan pihak polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia berhubung perkara ini," katanya.

-Bernama

Wanita Switzerland Diperkosa Depan Suami Di India

Lima lelaki telah ditangkap dan mengaku merogol seorang wanita Switzerland yang diserang ketika berbasikal dengan suaminya di tengah-tengah India, kata polis.



Dua lagi suspek masih dicari, kata D.K. Arya, pegawai kanan polis.

Lima lelaki yang ditangkap di Datia pada Ahad adalah dari kampung berhampiran di mana serangan itu berlaku pada malam Jumaat ketika pasangan itu berkhemah di hutan di daerah Datia, negeri Madhya Pradesh.

Pasangan itu memberitahu polis bahawa wanita itu telah dirogol oleh tujuh atau lapan lelaki, tetapi memandangkan suasana gelap mereka tidak dapat memastikan bilangan yang tepat, kata Arya.

Suaminya juga telah diserang oleh kumpulan lelaki terbabit.

Wanita berkenaan yang berusia 39 tahun telah telah dirawat di sebuah hospital di bandar berdekatan Gwalior Sabtu lalu dan telah dibenarkan keluar, kata polis.

Arya berkata pasangan itu dalam perjalanan menuju ke ibu negara India, New Delhi, kira-kira 400 kilometer (250 batu) ke utara, pada Ahad.

Serangan ini menjadi tajuk muka depan dalam akhbar-akhbar India dan berlaku selepas tiga bulan kejadian rogol berkumpulan terhadap wanita menaiki bas di New Delhi yang membawa maut serta mendorong kemarahan wanita dalam masyarakat India dan sistem keadilan negara.

-mStar

Sambutan Sirni Zagovezni Di Bulgaria (5 Gambar)

Sambutan Sirni Zagovezni Di Bulgaria: Cool. Sirni Zagovezni ialah merupakan sambutan Hari Kekasih masyarakat Bulgaria yang di lakukan sebagai sambutan penutup untuk musim sejuk. Sirni Zagovezni sentiasa jatuh pada hari Ahad, iaitu 7 minggu sebelum Hari Easter yang juga menandakan "Great Lent" iaitu merupakan satu tempoh berpuasa paling panjang iatu berpuasa sepanjang setahun. Sambutan perayaan Hari Sirni Zagovezni juga di sambut bagi menandakan permulaan musim bunga. Pada zaman dahulu, masyarakat Bulgaria menyambut Sirni Zagovezni ialah membiat unggun api besar yang di nyalakan di bahagian kampung-kampung dan bandar. Di kesempatan ini, mereka akan memohon maaf sesama sendiri tanpa mengira usia muda dan tua. Bagi golongan muda, ungkapan kata-kata cinta akan di ungkapkan kepada kekasih mereka sambil menyanyikan lagu-lagu tradisi. 

Informasi asal:Reuters/Stoyan Nenov

Artikel di Pantang Nampak