Powered by Blogger.
Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Bapa Cabul Anak Sendiri Sejak Setahun Lalu

Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan kejadian terbaru, Isnin lalu.

Gambar hiasan

Selain berulang kali mencabul kehormatan anak bongsunya, lelaki berusia 46 tahun itu turut melakukan perbuatan amat menjijikkan apabila menyumbat lobak merah ke dalam kemaluan mangsa.

Lebih mengaibkan, lelaki terbabit yang juga pemandu lori itu memaksa anaknya merakam segala aksi menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman itu dijual kepada rakannya.

Menurut sumber, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik diperlakukan sedemikian sejak berusia 12 tahun ketika ibunya tiada di rumah dan dipukul jika enggan menuruti kemahuan ayahnya.

“Suspek tidak merogol mangsa, tapi sering menyuruh mangsa berbogel dan meraba kemaluan serta serta payu dara mangsa. 

Juruteknik Wanita Nyaris Jadi Mangsa Rogol

Seorang juruteknik wanita nyaris diperkosa ketika dalam perjalanan ke tempat kerja apabila dia yang berjalan seorang diri diterkam seorang lelaki tidak dikenali sebelum menariknya ke dalam semak berhampiran Jalan SS 9A/17, Sungai Way, di sini, Sabtu lalu.


Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun menjerit meminta tolong sebelum jeritannya itu didengari seorang lelaki yang melalui kawasan itu.

Menurut sumber, lelaki terbabit cuba melarikan diri dari tempat kejadian selepas perbuatannya disedari lelaki berkenaan, tetapi diberkas sebelum diserahkan kepada anggota unit peronda (MPV) dari Balai Polis Sungai Way.

“Mangsa sudah menyedari kehadiran lelaki terbabit di jalan berkenaan, tetapi tidak menghiraukannya kerana sudah biasa menggunakan laluan itu dan tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini.

“Namun, sebaik mangsa menghampiri lelaki terbabit tiba-tiba dia diterkam dan tangannya ditarik manakala mulutnya ditutup,” katanya.

Lelaki bangla kurung gadis selama 7 bulan dan dijadikan hamba seks

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diperkosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.

Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,” katanya.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.

Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.

Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan. - Hmetro

PANAS KES LAHAD DATU | NAJIB DIGELAR PENJENAYAH PERANG, PENGIKUT KIRAM III DEMO DEPAN KEDUTAAN MALAYSIA DI FILIPINA

Sekumpulan pendemonstrasi di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Filipina hari ini menggesa supaya DS Najib Razak ditangkap dan dihukum sebagai penjenayah perang berikutan kejadian pencerobohan di Sabah.


Kumpulan pendemonstrasi tersebut juga bertempur dengan anggota Polis yang berkawal di keliling bangunan Kedutaan terbabit sebelum cat merah dilemparkan ke dinding bangunan.

Kumpulan yang dipercayai diupah oleh pihak-pihak tertentu itu juga mendesak agar kerajaan Filipina menutup Kedutaan Malaysia serta mengusir Duta kita dari negara itu.

Ketua kumpulan pendemonstrasi tersebut, Rasti Delizo juga memberikan amaran kepada Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan pembunuhan tak berperikemanusiaan terhadap pengganas Sulu di Sabah.

"Kami menuntut agar pihak kerajaan Malaysia supaya segera mendengar arahan kami.. Najib Razak diberi amaran supaya menghentikan pertumpahan darah di Sabah atau akan dianggap sebagai penjenayah perang yang paling utama di Asia Tenggara.." kata Delizo.



http://www.kakisembang.com/2013/03/panas-najib-digelar-penjenayah-perang.html

Gadis Sabah Dirogol Dengan Kejam Oleh Pendatang Asing Di Sabah

 

Mangsa adalah gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan. Mangsa ditemui pada 1p.m pada hari kelmarin 26.11.2012...Laporan polis telah dilakukan pada hari yang sama. Suspek kemudiannya telah berjaya ditangkap hari ini ketika suspek cuba mengembalikan MyKad mangsa. 

Kejadian bermula pada pagi kelmarin. Mangsa dikatakan menemani...

kakak dan sepupunya mencari kerja di Pekan G. Di pekan yang sama mangsa dan kakak dan sepupunya pergi ke sebuah kedai perabot. Mangsa yang ingin membeli sebuah almari telah dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan ada almari yang lebih cantik lagi di tingkat atas kedai. Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri dikedai tersebut (mungkin untuk mencari kedai-kedai lain yang menawarkan kerja kosong). 

Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa semasa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok. 

Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki. Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati.

Sumber daripada individu yang boleh dipercayai.

p/s: Sungguh menyayat hati peristiwa ini, walaupun kes ini masih dalam siasatan tetapi isu warganegara Asing di borneo adalah isu yang tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Kemasukan warga asing yang ramai akan menyebabkan berlakunya gejala moral yang dashyat seperti rompakan, rogol dan penindasan kepada rakyat Malaysia sendiri. 

Kita tengok di Lembah Kelang sekarang Isu warganeara asing, mereka sudah berani membuka perniagaan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur terutama di Chow Kit, seolah-olah tiada pemantauan di Pihak Penguatkuasa. Aku pun ada dengar juga cerita-cerita penguatkuasa banyak disogok di Chowkit, sebabkan inilah kes jenayah tidak dapat dibendung sehingga sekarang. Aku pun tak salahkan pihak penguatkuasa kerajaan bagilah gaji tinggi sikit kepada penguatkuasa..hehe 

Berbalik kepada cerita di atas, aku menyeru kerajaan Malaysia untuk menhadkan kemasukan orang asing ke negara ini, jangan kerana politik dan kerakusan kuasa kamu sanggup membenarkan kemasukan mereka, kamu jangan menjadi petualang dan penjenayah. Jangan sampai anak cucu kami merempat di bumi sendiri pada masa akan datang, masa itu kami akan kencing dikubur-kubur kamu.. 

Saya berasa amat sedih, terkilan dan sakit hati dengan kejadian ini. Saya menyeru kepada kerajaan Sabah dan Malaysia umumnya untuk menhadkan kemasukan orang asing khususnya dari negara Pakistan ke negeri ini. 

Kepada para gadis dan wanita diluar sana berhati-hatilah selalu tidak kira siang atau malam hari. Kepada wanita Islam jagalah aurat kamu, InsyaAllah Allah akan menjaga kamu. 

Dan yang terakhirnya, kepada pihak pemerintah yang mengaku Islam silakan laksanakan Hukum Islam yang sudah lama di gezekkan di dalam Al - Quran. Jangan berdolak-dalik lagi, hukum ciptaan kamu tiada roh dan akan gagal. Hukum Allah itu yang terbaik, Allah yang menciptakan kita dan pelaksanaan hukum Allah bermakna negara kita akan dijaga oleh Allah..Sekian, 

kredit pos gambar dan info : John Charles Mitah/ Suara Sabah.

http://www.kakisembang.com/2012/11/gadis-sabah-dirogol-dengan-kejam-oleh.html

Wanita Dirogol Bergilir-GIlir Kemudian Gambarnya Dalam Keadaan Bogel Dirakam


Wanita Dirogol Bergilir-GIlir Kemudian Gambarnya Dalam Keadaan Bogel Dirakam - Klang : Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu.

Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu.
 
Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik.Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan.
“Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan tetapi memang laporan mengenai kejadian diterima di sini, cuma kita belum tahu lokasi sebenar kejadian berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro difahamkan, mangsa turut mendakwa dipukul dengan penyapu oleh kumpulan lelaki terbabit dan barangan berharga termasuk telefon bimbit serta barangan kemas turut dirampas.
Mangsa mendakwa dilarikan empat lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta sebelum dikurung dalam sebuah bilik di kawasan perumahan di Shah Alam.

Dia dikatakan dibebaskan lelaki itu sejurus dihantar ke sebuah stesen bas menyebabkan dia terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum membuat laporan polis. – Metro

Pil Progesterex, Perempuan Dirogol Lima Lelaki Di Singapura dan Tidak Akan Mengandung Sampai Bila-bila

Assalamualaikum wbt. I'lam.

Arakian, tersebar artikel mengenai kejadian seorang wanita yang dirogol lima lelaki di sebuah kelab malam di Singapura setelah diberikan minuman yang dicampur pil rohypnol danprogestrex.

Contoh matan artikel:

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dad…ah [sic] tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.-Informasi

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.-Informasi

Adapun sebenarnya kisah ini adalah hasil transliterasi dari artikel bahasa Inggeris. Contoh matan artikel bahasa Inggeris:
A woman at a Singapore nightclub on Saturday night was taken by 5 men, who according to hospital and police reports, gang raped her before dumping her .Unable to remember the events of the evening,tests later confirmed the repeat rapes along with traces of rohypnol in her blood, Progesterex,that is an essentially a small sterilization pill.The drug is now being used by rapists at parties to rape AND sterilize their victims.Progesterex is available to vets to sterilize large animals. Rumour has it that the Progesterex is being used together with Rohypnol, the date rape drug. As with Rohypnol, all they have to do is drop it into the girl's drink. The girl can't remember a thing the next morning, of all that had taken place the night before.Progesterex, which dissolves in drinks just as easily, is such that the victim doesn't conceive from the rape and the rapist needn't worry about having a paternity test identifying him months later.The drug's effects ARE NOT TEMPORARY - They are P*E*R*M*A*N*E*N*TProgesterex was designed to sterilize horses. Any female who takes it WILL NEVER BE ABLE TO CONCEIVE. The weasels can get this drug from anyone who is in the vet school or any university. It's that easy,and Progesterex is about to break out big on campuses everywhere.Believe it or not, there are even sites on the Internet telling people how to use it. Please forward this to everyone you know, especially girls. Be careful when you're out and don't leave your drink unattended. Please make the effort to forward this on to all you know...Guys, please inform all your female friends and relatives. PLEASE PASS THIS
Ia mempunyai banyak versi yang berbeza.

Secara ringkasnya, dadah Progesterex tidak pernah wujud. Artikel ini adalah tahyul semata-mata. Artikel ni sebenarnya dah lama beredar, sejak dari zaman sebelum Facebook wujud lagi iaitu sekitar tahun 1999. Tidak perlu nak cerita panjang kerana telah ada laman web lain yang menyangkal dakwaan artikel tersebut. Sebagai contoh boleh semak diurbanlegends.about.com atau di hoax-slayer.com (ada beberapa pautan link pada web berkenaan yang tidak lagi berfungsi).

Adapun dengan itu, tidaklah ketahyulan artikel ini dijadikan sebab untuk anak muda mudi, gadis sunti, anak dara, wanita bermaruah, perempuan yang ada harga diri (bahkan lelaki juga) untuk bermudah-mudah dalam menjaga keselamatan diri. Ingatlah, tiadalah seorang gadis suci dan perempuan ebriman itu mendekati kelab-kelab malam dan kawasan yang terpencil atau ditempat-tempat yang mendedahkan diri mereka pada bahaya, dan dosa-dosa kepada Allah swt.

Sekian laporan saya pada kali ini. Kembali ke Bilik Berita.

http://asykaniat.blogspot.com/2013/03/pil-progesterex-perempuan-dirogol-lima.html

GADIS DIBUNUH SELEPAS DIROGOL!



Sungguh kejam mereka yang sanggup melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. Kesemua gadis dalam gambar yang dipaparkan dipercayai dirogol sebelum dibunuh. Pengajarannya, jagalah adab berpakaian anda kerana risiko sekarang berada di mana-mana.


http://www.mazeermohamad.com/2013/03/gambar-sadis-gadis-dibunuh-selepas.html

Guru perempuan rogol kanak-kanak 13 tahun


Albuquerque, NM - A Albuquerque bekas guru Sekolah Awam akan pergi ke mahkamah bulan depan selepas dituduh mengadakan hubungan seks dengan budak berumur 13 tahun.

Trujillo didakwa atas tuduhan rogol dia mengaku mengadakan hubungan seks dua kali dengan budak tersebut di belakang kenderaan utiliti sukan.



Artikel di Pantang Nampak