Powered by Blogger.

Kakitangan KPDNKK dan Majlis Perbandaran Tawau KANTOI !!

SMS NEWS PORTAL Lawatan EXCO Cfos di Pasar Besar Tawau pada 12 April 2015 mendapati Kaunter Aduan Kosong

13/04/2015 - EXCO Consumers Front of Sabah ( Cfos ) atau Barisan Pengguna Sabah pada 12/04/2015 membuat tinjauan ke pasar ikan dan pasar besar Tawau. Tinjauan dibuat atas permintaan para peniaga dan juga pengguna di mana pelbagai aduan telah diajukan kepada pihak yang berwajib malangnya tidak pernah atau lambat diambil tindakan.

Cfos sendiri telah berjumpa dengan peniaga dan menemubual beberapa pengguna mengenai dengan aduan yang dikemukakan. Cfos sebelum itu telah meneliti aduan-aduan tersebut sebelum ke Tawau dan didapati hampir semua aduan mempunyai asas dan bukti yang kukuh.

Cfos akan mengajukan aduan-aduan tersebut kepada pihak-pihak yang berwajib serta bertanggungjawab untuk menyelesaikannya dalam tempoh terdekat ini.

Tinjauan ke premis-premis perniagaan adalah sebahagian daripada program cfos sempena dengan Kempen Memperkasakan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna FASA II.

GAMBAR DI SEKITAR LAWATAN KERJA CFOS - Consumers Front of Sabah

KREDIT : SMS NEWS PORTAL

VIDEO BUDAK SABAH BERGADUH TERBARU DI PENAMPANG


Ini adalah Video Pergaduhan Budak Sabah yang terbaru sambil memakai baju unit beruniform.



SUMBER FACEBOOK 
Pelajar SMK Limbanak Penampang Bertumbuk
Posted by Anak Jati Sabah on Monday, April 13, 2015

Berita Penuh Aidina Baizieva

Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. Terdahulu, helikopter yang dinaiki oleh Ahli Parliman Rompin Dr Jamaluddin Jarjis berserta 5 lagi penumpang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4 April 2015 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak PM Dato Najib Razak di Pekan, Kuantan, Pahang.

Senarai Nama 6 Mangsa Maut Helikopter Terhempas 4 April 2015
1. Juruterbang Kapten Clifford William Fournier
2. Aidana Baizieva Co Pilot Warga Kyrgyzstan
3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia)
4. Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)
5. Pengawal peribadi Jamaluddin Razakan B Seran
6. Datuk Tan Huat Seang.


Gambar Copilot Tersebar Bukan Foto Aidana Baizieva
Foto co pilot yang tersebar dibawah bukanlah foto Aidana Baizieva. Menurut kenyataan rasmi pemilik foto, Dzuriasikim Dzulkifli, 46, foto tersebut adalah gambar kenangan selfienya bersama Kapten Clifford Fournier (mangsa maut nahas helikopter).
sikim

Foto Sebenar Wajah Aidana Baizieva Tersebar Dilaman Sosial
Menerusi laman sosial, foto wajah sebenar Aidana Baizieva kini tersebar dilaman sosial. Namun, persoalan siapa dan apakah tugasan Aidana didalam helikopter tersebut bersama VVIP masih menjadi tanda tanya.
Identiti Mayat Ke 6 Masih Belum Lagi Dikenalpasti
Menurut pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan dipercayai wanita misteri tersebut, Aidana Baizieva masih belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.
10
Berita Terkini Waris Tuntut Mayat Aidana Baizieva Pada 6 April 2015 (Terkini)
Wakil dari kedutaan Kyrgyzstan dipercayai adik kandung kepada Aidana Baizieva mangsa nahas helikopter Dauphin AS365N2 datang untuk menuntut mayat kakaknya. Difahamkan adik mangsa bersama seorang lelaki telah pergi ke Institut Perubatan Forensik Negara (HKL) untuk mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat. Mayat Baizieva yang masih dalam jagaan pihak Forensik HKL merupakan pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, petang Sabtu lalu. Seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan bekerja di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.
tuntut
Misteri Siapa Sebenarnya Aidana Baizieva Akhirnya Terungkai
Dengan kehadiran seorang gadis dipercayai adik kepada Aidana Baizieva di Hospital Kuala Lumpur pada 6 April 2015, akhirnya misteri mengenai identiti Aidana Baizieva satu-satunya penumpang wanita dalam nahas helikopter terjawab.

KREDIT : MELVISTER.COM

Artikel di Pantang Nampak