Kakitangan KPDNKK dan Majlis Perbandaran Tawau KANTOI !!
Lawatan EXCO Cfos di Pasar Besar Tawau pada 12 April 2015 mendapati Kaunter Aduan Kosong
13/04/2015 - EXCO Consumers Front of Sabah ( Cfos ) atau Barisan Pengguna Sabah pada 12/04/2015 membuat tinjauan ke pasar ikan dan pasar besar Tawau. Tinjauan dibuat atas permintaan para peniaga dan juga pengguna di mana pelbagai aduan telah diajukan kepada pihak yang berwajib malangnya tidak pernah atau lambat diambil tindakan.
Cfos sendiri telah berjumpa dengan peniaga dan menemubual beberapa pengguna mengenai dengan aduan yang dikemukakan. Cfos sebelum itu telah meneliti aduan-aduan tersebut sebelum ke Tawau dan didapati hampir semua aduan mempunyai asas dan bukti yang kukuh.
Cfos akan mengajukan aduan-aduan tersebut kepada pihak-pihak yang berwajib serta bertanggungjawab untuk menyelesaikannya dalam tempoh terdekat ini.
Tinjauan ke premis-premis perniagaan adalah sebahagian daripada program cfos sempena dengan Kempen Memperkasakan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna FASA II.
GAMBAR DI SEKITAR LAWATAN KERJA CFOS - Consumers Front of Sabah
KREDIT : SMS NEWS PORTAL