13 GRO Terkedu Kena Cekup
Sebanyak 13 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang asyik melayan pasangan terkedu apabila mereka dicekup sepasukan anggota imigresen di dua premis hiburan di sekitar bandar ini malam kelmarin.
Pegawai imigresen memeriksa dokumen perjalanan GRO yang ditahan dalam operasi di dua buah premis hiburan di bandar Seremban.
Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya menyerbu pusat hiburan di Seremban 2 dan Kemayan Square pada pukul 10 malam.
“Semasa serbuan di Taman AST, GRO terbabit sedang melayan pelanggan dan cuba melarikan diri tetapi gagal.
“Lapan lagi wanita ditahan di Seremban 2 yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut,” katanya.
Menurut beliau, kesemua mereka merupakan warga China, Vietnam dan Thailand berusia 20 hingga 30-an.
“Kebanyakan mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di sini,” katanya.
-Mstar