Pelakon Wawa Zainal Bimbang Keluarga Di Lahad Datu
Pelakon, Wawa Zainal yang berasal dari Kampung Muhibbah iaitu kira-kira 30 minit dari Kampung Tanduo yang menjadi sasaran utama pengganas berasa amat bimbang dengan keadaan keluarganya di sana.
“Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu, Jumaat lalu tercetus, saya runsing memikirkan keadaan keluarga di sana.
“Setiap hari saya menghubungi mereka untuk tahu keadaan semasa. Syukurlah semua adik-beradik dilaporkan selamat,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, di sini, hari ini.
Itu nafas lega dilahirkan Wawa selepas mengetahui seluruh anggota keluarganya di Lahad Datu selamat sejak kemasukan kumpulan pengganas di daerah itu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu, Jumaat lalu.
Semoga semua penduduk yang ada di Sabah dalam keadaan selamat hendaknya.
Sama-samalah kita doakan..