Powered by Blogger.

Lukisan Mona Lisa Versi Muda Cetus Kontroversi (9 Gambar)

Lukisan Mona Lisa Versi Muda Cetus Kontroversi : Lukisan Mona Lisa versi muda yang dinamakan sebagai Isleworth Mona Lisa ialah merupakan lukisan wanita yang dikenali sebagai Lisa del Giocondo,Lisa di Antonio Maria (Antonmaria) Gherardini atau lebih terkenal sebagai Mona Lisa versi muda telah di pamerkan oleh The Mona Lisa Foundation di dalam sebuah pameran di Geneva ,Switzerland setelah hampir 40 tahun tersimpan di dalam sebuah bank di Switzerland .Lukisan wanita yang terdapat pada lukisan Isleworth Mona Lisa tak banyak bezanya jika di bandingkan dengan lukisan versi "sebenar" Mona Lisa oleh Leonardo da Vincci yang di pamerkan di Muzium Louvre Perancis.Namun,apa yang menjadi perdebatan dan kontroversi ialah wajah wanita di lukisan Isleworth Mona Lisa nampak muda 10 tahun berbanding lukisan di Muzium Louvre. Para sejarawan sepakat menyatakan wanita pada lukisan Isleworth Mona Lisa merupakan wanita sama yang ada pada lukisan Mona Lisa oleh Leonardo da Vincci.

Sebuah buku yang mempunyai halaman sebanyak 320 muka surat dan sebuah video yang dihasilkan oleh The Mona Lisa Foundation telah membuat perbandingan,sejarah dan bukti ilmiah telah membuat keputusan Isleworth Mona Lisa ialah merupakan karya asal yang kedua Leonardo da Vincci selepas Mona Lisa.Malahan dua orang pakar Alessandro Vezzosi (Pengarah Museo Ideale Leonardo da Vinc)dan Carlo Pedretti (Pusat Kajian Leonardo Universiti California) juga membuat kesimpulan ianya ialah lukisan Leonardo da Vincci berdasarkan kepada jarah di antara mata,hidung,mulut dan dagu mempunyai nisbah yang sama walaupun kedua-dua lukisan ini mempunyai saiz yang berbeza.Lukisan Isleworth Mona Lisa telah di temui buat kali pertama oleh pengumpul seni berbangsa Inggeris Hugh Blaker yang telah menyimpannya di studio miliknya di Isleworth.Kemudian pada tahun 1915,ayah tirinya yang merupakan sejarawan seni telah menulis sebuah buku yang menjelaskan Leonardo da Vincci telah melukis lukisan Mona Lisa dalam dua versi.Blaker kemudiannya menjual potret Isleworth Mona Lisa kepada pengumpul seni warganegara Amerika Syarikat Henry F Pulitzer.Henry telah mewariskan lukisan Isleworth Mona Lisa kepada kekasihnya yang kemudiannya menjual lukisan ini ke The Mona Lisa Foundation. 


Informasi asal:Reuters/Denis Balibouse Teks asal: Kompas

Artikel di Pantang Nampak

Blog Archive