Powered by Blogger.

Atlet Cantik Negara Ingin Bersara Dari Angkat Berat



ZAIRA Zakaria bercadang mengakhiri karier sebagai atlet angkat berat negara pada hujung tahun ini.

KUALA LUMPUR - Atlet negara Zaira Zakaria akan menamatkan kerjayanya sebagai atlet angkat berat hujung tahun ini.

Zaira, 24, mengambilkan keputusan itu kerana merasakan usianya sudah tidak sesuai untuk aktif dalam sukan tersebut.

"Lagipun kita mempunyai ramai pelapis-pelapis lain yang lebih baik daripada saya," katanya.

Anak kelahiran Kedah itu sudah 11 tahun menceburi sukan angkat berat dan pernah menyumbangkan gangsa menerusi acara 48 kilogram acara clean and jerk pada Sukan Sea di Laos 2009.

Beliau juga hampir meraih gangsa pada Sukan Komanwel di India tahun lalu dalam acara yang sama, namun terlepas pingat tersebut kepada atlet tuan rumah berikutan masalah teknikal.

Selepas cuti Aidilfitri, Zaira akan menumpukan latihan untuk Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 2 pada 14 September ini di Kuala Lumpur.

Katanya, kejohanan tersebut merupakan ujian kelayakan bagi pemilihan atlet ke Sukan Sea di Indonesia, yang akan berlangsung pada 11-25 November.

"Jika saya layak ke Sukan Sea, saya akan cuba membaiki rekod gangsa yang saya perolehi di Laos. Ia juga kali terakhir saya menyertai temasya tersebut," katanya yang menimbangkan untuk berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia apabila bersara nanti.

Zaira dan atlet angkat berat negara yang lain tetap menjalani latihan dalam bulan puasa ini bagi mengekalkan prestasi masing-masing.

Selain Sukan Sea, atlet elit angkat berat juga akan menyertai Kejohanan Dunia di Paris November ini, bagi merebut kelayakan ke Sukan Olimpik di London tahun depan.

Artikel di Pantang Nampak

Blog Archive