Powered by Blogger.

Tiga Anggota Polis Rogol Wanita Indon Ditahan Reman

Tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang minggu lepas telah ditahan reman, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.



Beliau berkata kementerian memandang serius kes itu yang didakwa berlaku pada jam 7 pagi di Perai Jumaat lepas.

"Kementerian telah menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah pada hari kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Dan dimaklumkan tiga anggota polis terlibat telah ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata laporan siasatan yang lengkap akan dikemuka kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Menurutnya pihak polis turut memaklumkan bahawa satu pasukan khas telah ditubuh bagi menyiasat kes itu secara telus.

"Kementerian akan terus menyusul perkembangan kes ini dengan pihak polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia berhubung perkara ini," katanya.

-Bernama

Artikel di Pantang Nampak

Blog Archive