Powered by Blogger.

5 Tips Memilih Syarikat Pendaftar Nama Domain Untuk Blog

Bagi anda yang bercadang untuk memiliki blog sendiri, sudah semestinya andamemerlukan sebuah nama domain. Nama domain ini akan digunakan sebagai alamat kepada blog anda seperti www.BinaBlogDotComSendiri.com.

Sebelum bertindak membeli dan menyerahkan wang anda kepada syarikat pendaftar nama domain, berikut adalah 5 panduan yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli sesebuah nama domain yang ingin didaftarkan pada syarikat tersebut:

#1 – Memberi Akses Ke Panel Kawalan DNS

Panel Kawalan DNS atau lebih dikenali dengan istilah DNS Manager adalah satu ruang yang disediakan oleh syarikat pendaftar nama domain tertentu bagi memberi akses kepada kita sebagai pemilik nama domain untuk mengubah beberapa tetapan terhadap nama domain kita.

Tetapan DNS yang dimaksudkan bukan sekadar untuk mengubah tetapan nameserver sahaja. Malah, ianya lebih daripada itu. Sebagai contoh, melaluinya anda boleh mengubah tetapan bagi mail server anda atau MX Record dan pelbagai lagi pilihan yang tersedia.

#2 – Sokongan Pantas & Professional

Selain daripada itu, sokongan yang pantas dan professional juga harus dititikberatkan. Kumpulan sokongan setiap syarikat pendaftar nama domain mempunyai kepakaran yang berbeza-beza serta mempunyai bilangan ahli yang berbeza-beza.

Semakin besar dan maju sesebuah syarikat itu, maka makin ramai juga staf sokongan yang professional bersiap sedia membantu anda. Anda boleh melakukan survey terlebih dahulu tentang perkara ini dengan bertanyakan kepada rakan-rakan anda yang telah pernah menjadi pelanggan mana-mana syarikat pendaftar nama domain sebelum ini.

#3 – Mempunyai Pilihan WHOIS Guard

Bagi anda yang mengutamakan keselamatan data peribadi daripada diceroboh dan digunakan pihak tidak bertanggungjawab, sudah semestinya pilihanWHOIS Guard adalah salah satu pilihan yang wajar diambil perhatian.

Melalui pilihan WHOIS Guard ini, maklumat nama domain anda akan dirahsiakan seperti alamat emel anda, alamat dan nombor telefon anda. Perkara ini penting bagi memastikan tiada pihak yang boleh mengeksploitasi data-data peribadi anda untuk tujuan tidak bertanggungjawab.

#4 – Proses DNS Propagation Yang Pantas

Apabila beberapa tetapan telah diubah di dalam Panel Kawalan DNS, data dan rekod terbaru akan disimpan dan disebarkan kepada Penyedia Servis Internet (ISP) diseluruh dunia melalui rangkaian pelayan (server) yang tertentu.

Proses perubahan ini kebiasaanya mengambil masa sekitar 24 – 72 jam sebelum data terbaru yang telah dikemaskini disimpan sepenuhnya. Namun, bagi beberapa syarikat pendaftar nama domain yang baik, proses ini berjaya disingkatkan dan maklumat yang telah dikemaskini berjaya disimpan dengan lebih pantas.

Maka, kesan daripada itu, anda akan melihat tetapan terhadap nama domain anda dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu sehingga 72 jam.

#5 – Menerima Pelbagai Saluran Bayaran

Bergantung kepada polisi sesebuah syarikat itu sendiri, mereka menyediakan saluran bayaran yang berbeza-beza. Jika anda membeli nama domain daripada syarikat tempatan, pilihan membuat bayaran melalui bank tempatan harus dipertimbangkan.

Jika anda membeli daripada syarikat antarabangsa, pilihan lain seperti kad kredit atau PayPal boleh digunakan sebagai saluran bayaran. Pastikan juga sistem mereka & proses pelayaran internet anda selamat kerana ianya melibatkan data-data yang sulit.
Cadangan Kami

Bagi anda yang perlukan nama domain untuk digunakan sebagai alamat blog anda, kami mencadangkan GoDaddy dan NameCheap sebagai syarikat pendaftar nama domain anda.

GoDaddy dan NameCheap adalah syarikat pendaftar nama domain terkemuka dunia, mempunyai staf sokongan yang baik, menawarkan harga domain yang berpatutan, serta menerima saluran bayaran melalui kad kredit, kad debit dan juga PayPal.

Jika anda memerlukan nama domain .MY seperti .com.my atau .my, pihak MYNIC menyediakan senarai syarikat pendaftar nama domain tempatan yang menjual nama domain tersebut di sini.

Kredit foto: Johan Larsson.

http://www.binablogdotcomsendiri.com/blog/5-tips-memilih-syarikat-pendaftar-nama-domain-untuk-blog.html

Artikel di Pantang Nampak

Blog Archive