Misteri The Plain Of Jars Berusia 2000 Tahun
Lao, Xieng Khouang terletak di pusat tapak arkeologi yang dikenali sebagai The Plain Of Jars. Bertaburan di seluruh daerah ini, saintis menganggarkan The Plain Of Jars berusia kira-kira 2000 tahun.
Berbentuk dalam pelbagai saiz dari agak kecil kepada yang besar dengan yang terbesar seberat 14 tan. Kebanyakan The Plain Of Jars telah musnah akibat pengeboman Amerika Syarikat yang menjalankan kempen pengeboman pada tahun 1969 yang mensasarkan semua tempat bersejarah.
Ada yang percaya bahawa The Plain Of Jars ini adalah untuk penyimpanan abu manusia manakala yang lain percaya mereka ianya direka untuk menyimpan air hujan ketika musim tengkujuh. Ia terletak betul-betul di salah satu laluan perdagangan purba dari India Utara ketika itu.
Mungkin juga faktor keagamaan kerana penggali telah menjumpai patung-patung Buddha, manik dan alat-alat gangsa. Apa yang sering difikirkan bahawa The Plain Of Jars ini memerlukan masa yang panjang untuk dibina, mungkin pada skala yang sama seperti Stonehenge dan telah dilakukan atas sebab-sebab yang amat penting. Buat masa sekarang, kewujudan ini hanyalah satu lagi misteri purba yang masih belum terjawab.
http://kisahkisahmisteridunia.blogspot.com/2013/03/misteri-plain-of-jars-berusia-2000-tahun.html