Najib dan wakil Sultan Sulu akrab
Nampaknya insiden pencerobohan warga Sulu dari Filipina di Lahad Datu Sabah semakin panas untuk diperkatakan sekarang ini. Selepas tersebar gambar-gambar kehadiran pemimpin Sulu sebagai pemerhati atas jemputan UMNO ketika Perhimpunan Agung parti itu tahun lalu (2012), kini tersebar pula gambar keakraban Perdan Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan WAKIL Sultan Sulu, Jamalul Kiram III. Foto ini pernah disiarkan dalam sebuah portal terkenal di Filipina iaitu ABN News atas tajuk "Najib: Malaysia has to help sustain MILF peace deal" pada 16 Oktober 2012 yang lalu. Jika ini keadaannya maka apakah motif pencerobohan Sabah sebenarnya?.
Apakah ada usaha pihak tertentu untuk menangguhkan pilihanraya umum ke-13 atas kekacauan dan huru-hara yang berlaku?. Atau mungkin juga "darurat" akan diisytiharkan di Sabah yang menyebabkan majoriti kerusi BN yang akan beralih arah menyokong Pakatan Rakyat di negeri itu tidak akan menjadi kenyataan dan seterusnya menggagalkan hasrat pembangkang utnuk ke Putrajaya?. Semua ini, kini menjadi persoalan di kalangan rakyat . Malah, berbagai pendedahan yang dibuat tentang hubungan Sulu dengan kerajaan Malaysia seolah-olah mengesahkan lagi adengan yang sedang kita lihat di depan mata sekarang ini. Soalnya, apakah rakyat boleh menerima kenyataan ini disaat majoriti mereka mahukan perubahan pada PRU-13 ini nanti?