OPS DAULAT : MALAYSIA STRIKE BACK.
SYABAS ATM DAN POLIS
1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filiphina dan
Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat
kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint
operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang
telah menceroboh kedaulatan negara.
2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas
ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan
dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota
pasukan keselamatan kita.
3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat
(Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila
berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah
diri.
4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh
berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu,
peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.
5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut
terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.
6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam
ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.
7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan
dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan
bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang
12 pengganas Sulu ditembak mati.
8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.
9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan
Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik
tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.
10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan
peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir
dari celah-celah jeti kampung tersebut.
11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.
12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala
ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati
dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan
parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.
13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang menyokong pengganas ini
meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman
tempatan dari kaum Sulu yang syahid.
14.Senarainya kecederaan
dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga
maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau
anda membaca…anda akan berdendam.
15.Saya sendiri tidak tahu,
tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum
pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas
kemanusiaan.
16.Yang anehnya, ada juga penyokong
pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya
buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan
kotor di atas komentar rakyat mereka ini.
OPERASI DAULAT
17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.
18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada sebahagian besar pembaca
saya yang tidak sabar dan terlalu banyak mempertikaikan operasi ATM dan
PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.
19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.
20.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan satu tindakan
konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari maklumat
dari medan tempur masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya dan juga kepada Anak
Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.
21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya siarkan kecuali kerana
tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang saya terima, dan saya
pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang dijalankan termasuk
menyebarkan khabar yang tidak benar.
MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION
22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan
Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas Ground Zero pada jam
0700
23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm, mesingan
berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10,
serta unit khas lain.
24,Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih
kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah
apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi
ketenteraan negara apabila berlaku situasi kecemasan.
25.Ia
juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau
Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara,
komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.
28.Negara-negara jiran lain secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk
membuat “Combined Force Operation” ini tetapi belum pernah dibuktikan
secara nyata kecuali dalam latihan.
52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC
29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.
30.Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar
Filiphina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA
MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.
31.Saya sendiri menyaksikan
gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam
lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan
gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.
SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI
32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima, pengganas-pengganas ini
mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka
berada di Lahad Datu.
33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.
34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan
Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana
ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.
35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal
pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di
tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan
dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.
36.Sejak
awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada
masa yang sama pasukan tentera di atur gerak ke tempat lain.
37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera
dijalankan memang saya sudah jangka kerana rata-rata, banyak forum
pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi
kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.
PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA
38.Kelmarin media-media di Filiphina dan Indonesia meletakkan harapan
yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakkan yang
besar kepada pasukan keselamatan negara kita.
39.Tajuk-tajuk
seperti “Experience versus Fire Power” (klik sini) disiarkan, dan
mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan yang tidak terkalah.
40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di negara-negara dunia ketiga
ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas sendiri yang memohon ehsan
dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.
41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.
42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan, serah senjata
tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara
berdaulat.
SYABAS MALAYSIA
Sumber : militaryofmalaysia.net