Pemergian Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar
Inna lillahi wainna ilaihi raji’un. Salah seorang ulama' besar di Jordan telah kembali ke rahmatullah. Iaitu Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar rahimahullah yang telah meninggal dunia pada 22 Ramadhan lalu (10 Ogos 2012) pada hari Jumaat dalam usia 72 tahun.
Berita ini sangat menyedihkan kita, satu persatu ulama kita berangkat menuju kehidupan akhirat.
Di antara karyanya yang paling mengesankan saya yang pernah dibaca suatu ketika dahulu adalah mengenai sebuah karya mengenai ikhlas (Pengertian dan Hakikat Ikhlas terjemahan terbitan Jasmin Enterprise). Judul Arabnya saya tidak pasti.
Semoga Allah merahmatinya, membalas kebaikannya dan mengampuni kesalahannya.
Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar rahimahullah adalah ulama' besar kelahiran Palestin yang tinggal di Jordan. Dia lahir tahun 1940 M. Dia adalah ulama' dan penulis yang produktif, pengajar di Universiti Jordan, Amman. Dia berhijrah ke Madinah dan masuk ke Universiti Islam Madinah. Dia lalu pindah ke Kuwait sampai kemudian mendapat gelar Doktor di Universiti Al-Azhar.
Di antara gurunya adalah Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Nasiruddin al-Albani, Syeikh Abdul Jalil al-Qarqasyawi dari Ulama' al-Azhar. Dia banyak menulis buku. Di antara karya-karyanya adalah:
- Tarikh Al-Fiqhil Islamy (Sejarah Fiqih Islam)
- Alam As-Sihr wa Asy-Sya’wazah (Dunia sihir)
- Al-Madkhal Fi Dirasatul Madaris wal mazahibil fighiyah (Pengantar pelajaran aliran dan mazhab fiqih)
- Alam Jin wa Syayatin (Dunia Jin dan Syaitan) dan masih banyak lagi bukunya yang lain.
Rujukan:
1. http://www.soufia-h.net/showthread.php?t=15023
2. http://biografiulamasunnah.blogspot.com/2009/11/syaikh-muhammad-dan-umar-asyqar.html
http://tamanulama.blogspot.com/2012/08/pemergian-dr-umar-sulaiman-al-asyqar.html