Powered by Blogger.

Video Lawak Parody ‘Muara Hati’ Siti & Hafiz



Dari awal hingga habis penulis menonton video ‘parody’ lagu Muara Hati hasil duet antara penyanyi Hafiz dan Datuk Siti Nurhaliza, memang tak berhenti-henti senyum dan gelak. Macam-macam aksi dan keletah yang ditampilkan dalam video itu.



Individu yang memuat naik video parody ini bernama @luqmanbinkhalid yang penulis percaya pelakon dan editor juga untuk video komedi ini. Dialah yang menjadi ‘Hafiz’ dan dia jugalah yang menjadi ‘Siti’.



Dalam video ini, Luqman berjaya membawa identiti sebagai Hafiz di mana memakai baju dan seluar ‘track’ sahaja. Sama seperti penampilan Hafiz dalam satu pertandingan nyanyian tahun lalu. Malah, dia juga menggunakan kepala mop untuk melihatkan rambutnya sama seperti Hafiz. Cuma, warna mop itu lain daripada rambut Hafiz.



Selain itu, Luqman ini juga sempat mempromosikan barangan kosmetik milik Siti iaitu SimplySiti.
Alahai, peminat setia Siti agaknya! Apa-apa pun, memang lawak kalau menonton video ini kerana Luqman berjaya menampilkan aksi dan mimik muka yang lucu.



Video yang dia edit juga berjaya memberikan kesan dengan setiap rentak lagu tema untuk drama Adam dan Hawa yang disiarkan di saluran Astro sekarang. Cakap banyak tak guna, apa kata kita layan. Jom!



-mynewshub
http://www.infoharian.org/2012/10/video-lawak-parody-muara-hati-siti-hafiz.html

Artikel di Pantang Nampak

Blog Archive