Powered by Blogger.

WANITA TIDUR DENGAN MAYAT IBU SELAMA 8 BULAN


Seorang wanita berumur 39 tahun dari Munich yang tidak mampu untuk mengebumikan ibunya menghabiskan lapan bulan tidur di sebelah mayat mereput ibunya yang disimpan di atas sofa di bilik tidurnya, lapor sebuah akhbar pada hari Sabtu lalu.

Kejadian ini terbongkar apabila pentaksir dari mahkamah daerah tiba pada hari Khamis di flat wanita itu di daerah Moosach, Munich untuk mencari wanita berusia 70 tahun untuk menyelesaikan bil tertunggak, ketika itulah wanita itu memberitahu bahawa ibunya telah mati. Bukan itu sahaja, kata wanita itu, dia boleh membuktikan kematian ibunya kerana mayat ibunya masih ada di flat kerana dia tidak mampu membayar kos pengebumian.

Pentaksir memberitahu polis bahawa mereka memaksa wanita itu membuka pintu dan akhirnya menemui mayat wanita berbaring di atas sofa bersebelahan dengan tempat tidur anaknya.

Polis kini menyiasat sama ada wanita yang kini di bawah jagaan psikiatri di atas permintaannya sendiri, telah secara fraud menuntut pencen ibunya atau tidak. Walau bagaimanapun, penyiasat memberitahu akhbar bahawa mereka tidak yakin sebab pencen adalah motif di sebalik kegagalan mendaftarkan kematian ibunya.

Mereka yang tidak mampu untuk membayar pengebumian keluarga boleh memohon sehingga 3200 € dari negeri ini untuk menampung kos itu, lapor akhbar!

http://jennykaleyn.blogspot.com/2013/03/omg-wanita-tidur-dengan-mayat-ibu.html?utm_source=BP_recent

Artikel di Pantang Nampak

Blog Archive